Sunday 8 April 2012

dua, hampir :)



Bumi terus berputar
Teruskn pusingan hari demi hari
Manusia terus mengejar apa yg mereka impikan
Mengejar apa yg mereka sendiri tk pasti
Bangun dari tidur dan teruskan hidup
Teruskan hidup tanpa pedulikan hati dan perasaan
Teruskan hidup dengan keegoan
Dengan semua yang mereka rasakn betul dan pasti
Tapi aku masih di sini
Masih di tempat semalam
Tempat aku menangis/senyum/bahagia dan gembira
Yang aku pasti tiada yg lain boleh gantikan tempat dia
Dia tetap di hati aku utk selamanya
Selamanya utk hidup aku
Dia yang mungkin baru
Hampir dua bulan
Tempoh yang hampir
Untuk selamanya
Aku, dia, hati, perasaan & segalanya
ANA NOORZAIMAH ! :)

Friday 6 April 2012

Pendidikan Seni #01

POSCA UNI
im really need this
Where i can get this fucking things? (Malaysia)
Binatang ni gua da carik sampai ke kolumpo. penat dah gua nak carik. gua cuma nak tau. sesape yang terjumpa binatang ni tolong kontek gua. gua fedap carik binatang nih. gua memerlukan binatang ni. gua ada survey kat ebay, tapi gua pikir-pikir kat malaysia takde ke? terok sangat ke malaysia nih. ke gua yang terok tak jumpe-jumpe binatang ni da sebulan gua carik. sesape yang jumpe, bole terus kontek gua kat laman sosial gua. tolong ye berader-berader. gua da makin stim tengok binatang nih. tq!  \m/

Vans, gua & dia

sekian lama gua senyap, gua leka dengan kehidupan seharian dan A.N. malam ni macam seakan terdetik gua nak menaip pantas. lama gile gua tak update. hati gua sekarang terus kental bersama AN. hebat tak hebat tu gua dan dia je yang tau. keh keh. thanks AN.

Minggu lepas gua ke kolumpo. seminggu disana, rasa macam tk nak balik jee. cadangnye 3hari, tapi berlarutan sampai ke masa tambahan. masa tambahan utk gua dan dia. maklumlah long distance lah berader. kene paham jugak la kann. mak gua boleh paham, tak kan orang lain tk boleh paham. keh keh.

dan minggu lepas adalah minggu bersama AN walaupun sengkek, kering, tapi tabahkan hati utk bersama dia. balik keje je gua tnggu die, tapi ade jugak die tunggu gua. konon power sangat jalan kolumpo, habes sesat gua dengan adib. fuhh. tapi sempat lagi jumpe die. heppy gua dibuatnya. senyum tu da jangan cakap da. seminggu kat kolumpo gua senyum memanjang je. nampak orang kene langgar gua senyum, nampak orang kene ragut gua senyum, nampak van jenazah gua senyum. memang senyum je lahh. tido 2jam je pun gua senyum. memang power rasanya. hebat dan deep utk manusia seperti gua.

dan kejutan yang paling gua tak sangka,


ni nama die 'wallet' ye. bukanye sapu tangan atau alas meja. gua tak kesah la lu nak cakap ape sekali pun, lu nak cakap wallet ni lu ade sepuloh ke, lu da beli dulu ke, makwe lu da bagi lu dulu ke, yang penting wallet ni AN bagi kat gua. comel kan makwe gua nih. die memang suke buat gua terkejut. untung gua punye sakit jantung baru tahap II, kalau tahap IV, bole pergi ngadap batu nesan jugak gua. keh keh. thanks AN, wallet ni gua jaga dengan elok, sebagaimana gua jaga lu, sebagaimana gua jaga hubungan gua dengan lu. kadang gua sebe salah, nak sayangkan lu ke nak sayangkan wallet ni. kah kah kah. gua amat menghargainya AN. walaupun da seminggu, wallet ni still ade bau perfume lu. pehhh! nampak cmne gua jaga? power kan kan? keh keh.

AN, gua angkat tangan kanan, dan gua berjanji akan sayang lu walau ape pun jadi. gua nantikan sesuatu yang pasti buat kita. maaf kalau gua banyak emosi 2,3hari ni. gua tertekan dengan keadaan gua sebenarnye. gua dilemma seorang penganggur. tapi, dengan adanye lu, gua rasa sentiasa ada semangat. gua tak kan give up semudah dulu. gua dan lu dan lu dan gua, terima kasih yang tak terhingga gua ucapkan.

dan sebetulnya, gua rindukan lu. gua rindukan diri gua di kolumpo minggu lepas.

jumpe 14hb okehh. make sure lu free time tu. keh keh.

p/s : gua harap organisma-organisma kecik yang pernah datang tak kan datang lagi. be professional. tq! :))

Wednesday 14 March 2012

SatuBulan

Tahniah Buat Gua & A.N ! :))

Selepas semakin dewasa, dan matang dengan helah perasaan itu, boleh gua katakan ''cinta tak diukur dari lama nye cinta itu bertahan, tapi sedalam mana rasa cinta itu utk diri dan pasangan''. kalau lu tk paham sangat, senang gua andaikan, lu bercinta 15tahun, tapi putus jugak. memang rasa nyawa dihujung tanduk kan? oke. kawan lu plak becinta 2minggu dan terus kawin, dan dikurniakan anak 12 orang. memang top speed. amacam? tapi tak boleh la gua katakan semua macam tu. jodoh ni keje tuhan, kita usaha jee. gua cuma bagi pandangan gua sebagai manusia. yg penting perasaan tu 'deep'.

& bagi gua, memang kami baru genap sebulan. tapi perasaan itu masih hangat seperti permulaan. alhamdulillah. gua masih dengan AN, gua masih rindukan senyum tawa AN, gua masih ketagih utk bersama AN. gua ucapkan terima kasih yg mendoakan kami. yg cakap belakang tu, cuba lah ukur diri sendiri dulu. gua tadehal. selamat malam empatbelasMARCH2012.

& kepada AN, terima kasih untuk segalanya sepanjang sebulan ni. gua harap utk selamanya kita terus bersama. perasaan gua kat lu makin lama makin 'deep', gua macam kena rasuk antu kadang. hari-hari lu buat gua senyum,ketawa dan cair dengan perwatakan lu. gua idamkan lu untuk jadi teman hidup gua selamanya, jujur gua katakan. makin gua bersama lu, makin comel dan menawan gua rasa, kadang terapung je gua jalan. terima kasih AN. sepanjang sebulan, gua mohon maaf dari hujung celah kaki gua sampai hujung jambul gua kalau gua terkasar bahasa, tersenyum tengok lu, terkaku bila pandang ayunye lu dan ada gua terjeling awek lain belakang lu. sejujurnya, berani gua katakan lu je ada kat hati gua. kemain senggayut lagi kat hati gua nih. haha


pasal soalan abah lu tu, jawapan gua, 'saya teramat sangat serius dengan AN ni pakcik' .oke,gua da jawab. haha



*selamat malam AN, perasaan itu tercipta utk dimiliki dan perasaan itu utk diri lu, makwe gua yg ohsem! :))

Tuesday 13 March 2012

sebelasMAC

gua sentiasa mengharap impian menjadi kenyataan,gua sentiasa mengharap gua dapat duduk dipaksi nyata sebagai manusia biasa,tapi gua tak nak seperti manusia biasa meluahkan cinta, gua nk jadi yg terbaik untuk si dia. cuba sehabis baik. usaha sehabis mungkin. hanya utk AN & hanya untuk gua dan dia.

sebelas mac, mungkin tarikh biasa utk semua manusia. utk abang gua pulak, adalah hari pengantin perempuan bertandang ke rumah lelaki. bagi kak pah mungkin akan bukak kedai seperti biasa. bagi kakitangan awam & swasta mungkin hari minggu biasa. tapi bagi gua dan AN adalah hari debaran. bagai debaran sepak mula sebuah final bola sepak piala dunia atau lebih getir dari itu.

sebelas mac, hari yg dinantikan. hari yg buat gua resah sampai boleh tk tidur malam. itu lah yg boleh gua ungkapkan. sememangnya itu lah sebelas mac dua ribu dua belas. tarikh ni gua tak kan lupakan. tarikh yg sebenarnya gua belum bersedia,tetapi kena menerima. menggigil atau menggeletar lutut,gua je yg tahu.

sebelas mac, AN datang ke rumah gua bersama kedua ibu bapa nya dan fieza(sepupu AN). terima kasih sebab meluangkan masa,meredah perjalanan sejauh mungkin dari kolumpo ke rumah gua. gua cukup berterima kasih. setiba AN ke rumah gua, gua memang menggigil kerana cuak atau kerana AN pada gua terlalu menawan hari itu. serba purple, dari atas sampai ke bawah, dari bawah sampai ke atas. itu lah pandangan gua. & dia bawa sebuah beg tangan yg gua sangat minat dan kena dgn perwatakanya. sumpah lu sangat menawan AN ! gua cair ! fuhh

seawal jam12 tgh hari mereka sampai, gua terus bersalaman dengan ibu bapa dia. macam biasa dengan gaya cuak gua. baju purple, seluar hitam dan kasut puma suede. sebenarnya sebelum tu gua berselipar, tapi ''tak kan nak jumpa mak bapak dia pakai selekeh camtu?'' oke, mak gua da berbunyi dan gua terus ambik kasut dan pakai di kaki besaiz 8 UK gua nih. AN, gua perhati dengan jelingan je yg mampu. sebab takutkan kedua org tua nya memerhati perangai gua yg seperti jakun melihat AN hari tu. AN terus ke dalam bersalaman dengan mak gua di depan pintu. ini kali kedua AN ke rumah gua. dia masuk ke dalam sebab nak letak hadiah yg dibelinya di ikea katanya. selepas selesai semuanya, gua pun dah siap hidang nasi utk mereka, tp lauk ambik sendiri sebab takut ada yg mereka tak suka. kang gua tarah je kang ade kang gua kene penampor. so, tindakan kene lebih berjaga-jaga. haha

gua sangat perhatikan AN,gua sangat menjeling dia. ayunye awek gua nih arini. & gua cair ! fuhh.

ibu bapa dia di depan gua, AN disebelah kiri, fieza disebelah kanan. fuhh. sangat berdebar. gua hanya mengambil minuman. tak lalu dah nak makan bile nk mengadap keadaan sebegini rupa. macam biasa, soalan demi soalan. cuma banyak soalan yg datang hanya bertanyakan latarbelakang keluarga. segalanya berjalan lancar dgn cuak. cuma kadang ade gurau senda dari bapanya yg buat gua tenang dan cuak berlalu sebentar. AN plak tk henti menyentuh lutut gua, mungkin die nk gua rasa selesa dan tenang. terima kasih AN. gua tau die pun berdebar dan perasaan itu jelas bila dia tumpahkan air. fuhh. AN, rilex laah gua ada nih. haha

masa memang sangat suntuk, mereka mengejar masa untuk menghantar AN ke melaka. kesian AN, dah bergegas ke rumah gua, bergegas lagi pulang ke kolumpo kerana keesokan hari nya dia nak ngadap sesi temuduga pula. gua doakan lu berjaya AN. lagi manis kejayaan AN jika dia ditempatkan di johor bahru.fuhh. sebelum pulang, gua sempat kenalkan bapak gua kat bapak AN. nampak macam janggal utk gua tapi memang itu yg gua perlu lakukan. lagi gua gembira, feedback bapak gua memang hebat. sampai ketepi jalan bapak gua ikut mereka. sampai kereta bergerak bapak gua tunggu. peh. gua tak sangka sekali lagi.

sebelum mereka pulang, senyum lebar gua. bukan gembira kerana mereka pulang. tapi gembira, niat baik gua dengan hubungan ni menampakan tindak balas yg memberangsangkan. gembira lagi gua. selepas AN pulang, masuk shj ke rumah, beribu ucapan tahniah dari makcik,sepupu sepapat gua dan tak lupa pakcik man(tukang pasang canopy) juga sempat menyindir gua ''aku memang tak nak bukak canopy ni sampai bulan12,ada pengantin lagi bulan12 nih'' peh.dasyat lah ! berader zam pun hebat ''bulan12 aku kene buat air lagi la kat sini kan?'' 'pehhh!' lagi gua rasa. gua harap doa doa dari mereka nih menjadi kenyataan. kenyataan yg nyata untuk gua dan AN. tapi...

...sumpah gua cair gile tgk AN tadi. sikit lagi nk rebah woii. haha

sebelum jam7 petang, AN perlu berada di melaka sentral. ambik bas dan pulang ke kolumpo bandar batu bata. sedih jugak gua. jauh die datang semata mata utk semua ini. Terima Kasih AN, gua hargai setinggi-tinggi nya. dan dalam perjalanan malam tu AN mengadu dia letih, dah lah dengan jem, sampai ke tbs, die lapa macam biasa. tapi gua suruh die balik terus disebabkan hari dah lewat malam. dia bergegas pulang ke rumah. sampai shj ke rumah, dia sempat tapau nasi goreng sotong dan nescafe ais. alhamdulillah. gua lega dia selamat sampai. tepat jam12.15 malam, gua ape lagi kan. super saver laah. nak dengar sangat cerita dari dia sepanjang perjalanan pulang dari rumah gua hingga ke melaka sentral. satu perjalanan yg jauh dan mungkin banyak yg ibu bapa nya akan perkatakan. alhamdulillah. segalanya sedap di dengar. gua gembira lagi. sebelum tido, gua memohon maaf kepada AN sebab menyusahkan dia utk datang jauh ke rumah gua. dan jawab AN ''takpe laah. memang letih ,penat, tapi sangat berbaloi''. dan gua nak jawab sekarang ''letih,penat tu semua i akan balas secepat mungkin. hehe''

& yang penting makcik gua ada tanya.

makrid : nak tumpang bilik nak sembahyang boleh ki?
gua       : boleh jee. masuk jee lahh. hee
makrid : ada telekung tak bilik ni?
gua       : eh, tkde lah. tapi tahun depan dah ada kot
(jawapan ni mmg direct selling gile. gua pn tk tau mane wujud dlm kpala gua jawapan ni)
dan isu telekung memang sampai keesokan harinya. biasalah makcik makcik gua ni mulut boleh tahan hebat.

& tadi petang mak long gua baru balik umrah. mak ngah gua ambik kat airport terus dtg rumah gua sebab nk jumpe pengantin baru katanya. abg gua la tu kan. macam biasa, dah smpai rumah, salam-salam, smpai turn gua, sengih lebar mak long gua. ayat pertama 'tahniah ki' ayat kedua 'sape nama orang semalam tu ki?' peh. laju kan berita sampai. kalah melodi. gua pun jawablah 'ana noorzaimah' tapi sebelum tu, kakak gua dah mencelah. 'ana purple' katanya. kah kah kah. kakak gua boleh tahan jugak. ada kne penampor. tp ohsem jgk nama tu. masuk bilik, gua terus ke twitter. 'hai ana purple :)) '

& bagi gua, apabila dah sampai semua family gua tau termasuk makcik makcik gua, ini serius. ini mungkin cepat. ini hebat. rasa baru. baru untuk gua dan AN selepas sebulan bersama. tahniah utk AN, tahniah utk diri gua jugak!
menempuh sesuatu yg hebat dengan pantas. fuhh.

*AN, kalau sekarang gua hanya miliki hati lu, selepas ni gua akan cuba sedaya upaya utk miliki diri lu. terima kasih AN :))

Friday 9 March 2012

Projek Seluar

selalu member gua hantar modified seluar ke baju dekat sebelah 7E, gua plak dah 3minggu tangguh niat gua nak potong seluar gua nih. gua ni selekeh kadang. main tebas gunting lada mak gua je nk potong seluar. tapi seluar yg nih gua tenung nmpak mcm bwk kejayaan utk gua. harap-harap esok gua sempat nk hantar. & projek potong seluar memang sinonim dgn hidup gua sejak zaman persekolahan.





*ada mber gua suruh banyakan gmbar dlm blog gua. jwb gua : tnggu gua beli talipon cuit cuit edisi ke empat lah.

Thursday 8 March 2012

TAHNIAH !

TAHNIAH ! buat abang gua yg dah bergelar 'suami orang'. kah kah kah
muka jangan serius sangat ye.
abang gua memang POWER! :))