Tuesday 13 March 2012

sebelasMAC

gua sentiasa mengharap impian menjadi kenyataan,gua sentiasa mengharap gua dapat duduk dipaksi nyata sebagai manusia biasa,tapi gua tak nak seperti manusia biasa meluahkan cinta, gua nk jadi yg terbaik untuk si dia. cuba sehabis baik. usaha sehabis mungkin. hanya utk AN & hanya untuk gua dan dia.

sebelas mac, mungkin tarikh biasa utk semua manusia. utk abang gua pulak, adalah hari pengantin perempuan bertandang ke rumah lelaki. bagi kak pah mungkin akan bukak kedai seperti biasa. bagi kakitangan awam & swasta mungkin hari minggu biasa. tapi bagi gua dan AN adalah hari debaran. bagai debaran sepak mula sebuah final bola sepak piala dunia atau lebih getir dari itu.

sebelas mac, hari yg dinantikan. hari yg buat gua resah sampai boleh tk tidur malam. itu lah yg boleh gua ungkapkan. sememangnya itu lah sebelas mac dua ribu dua belas. tarikh ni gua tak kan lupakan. tarikh yg sebenarnya gua belum bersedia,tetapi kena menerima. menggigil atau menggeletar lutut,gua je yg tahu.

sebelas mac, AN datang ke rumah gua bersama kedua ibu bapa nya dan fieza(sepupu AN). terima kasih sebab meluangkan masa,meredah perjalanan sejauh mungkin dari kolumpo ke rumah gua. gua cukup berterima kasih. setiba AN ke rumah gua, gua memang menggigil kerana cuak atau kerana AN pada gua terlalu menawan hari itu. serba purple, dari atas sampai ke bawah, dari bawah sampai ke atas. itu lah pandangan gua. & dia bawa sebuah beg tangan yg gua sangat minat dan kena dgn perwatakanya. sumpah lu sangat menawan AN ! gua cair ! fuhh

seawal jam12 tgh hari mereka sampai, gua terus bersalaman dengan ibu bapa dia. macam biasa dengan gaya cuak gua. baju purple, seluar hitam dan kasut puma suede. sebenarnya sebelum tu gua berselipar, tapi ''tak kan nak jumpa mak bapak dia pakai selekeh camtu?'' oke, mak gua da berbunyi dan gua terus ambik kasut dan pakai di kaki besaiz 8 UK gua nih. AN, gua perhati dengan jelingan je yg mampu. sebab takutkan kedua org tua nya memerhati perangai gua yg seperti jakun melihat AN hari tu. AN terus ke dalam bersalaman dengan mak gua di depan pintu. ini kali kedua AN ke rumah gua. dia masuk ke dalam sebab nak letak hadiah yg dibelinya di ikea katanya. selepas selesai semuanya, gua pun dah siap hidang nasi utk mereka, tp lauk ambik sendiri sebab takut ada yg mereka tak suka. kang gua tarah je kang ade kang gua kene penampor. so, tindakan kene lebih berjaga-jaga. haha

gua sangat perhatikan AN,gua sangat menjeling dia. ayunye awek gua nih arini. & gua cair ! fuhh.

ibu bapa dia di depan gua, AN disebelah kiri, fieza disebelah kanan. fuhh. sangat berdebar. gua hanya mengambil minuman. tak lalu dah nak makan bile nk mengadap keadaan sebegini rupa. macam biasa, soalan demi soalan. cuma banyak soalan yg datang hanya bertanyakan latarbelakang keluarga. segalanya berjalan lancar dgn cuak. cuma kadang ade gurau senda dari bapanya yg buat gua tenang dan cuak berlalu sebentar. AN plak tk henti menyentuh lutut gua, mungkin die nk gua rasa selesa dan tenang. terima kasih AN. gua tau die pun berdebar dan perasaan itu jelas bila dia tumpahkan air. fuhh. AN, rilex laah gua ada nih. haha

masa memang sangat suntuk, mereka mengejar masa untuk menghantar AN ke melaka. kesian AN, dah bergegas ke rumah gua, bergegas lagi pulang ke kolumpo kerana keesokan hari nya dia nak ngadap sesi temuduga pula. gua doakan lu berjaya AN. lagi manis kejayaan AN jika dia ditempatkan di johor bahru.fuhh. sebelum pulang, gua sempat kenalkan bapak gua kat bapak AN. nampak macam janggal utk gua tapi memang itu yg gua perlu lakukan. lagi gua gembira, feedback bapak gua memang hebat. sampai ketepi jalan bapak gua ikut mereka. sampai kereta bergerak bapak gua tunggu. peh. gua tak sangka sekali lagi.

sebelum mereka pulang, senyum lebar gua. bukan gembira kerana mereka pulang. tapi gembira, niat baik gua dengan hubungan ni menampakan tindak balas yg memberangsangkan. gembira lagi gua. selepas AN pulang, masuk shj ke rumah, beribu ucapan tahniah dari makcik,sepupu sepapat gua dan tak lupa pakcik man(tukang pasang canopy) juga sempat menyindir gua ''aku memang tak nak bukak canopy ni sampai bulan12,ada pengantin lagi bulan12 nih'' peh.dasyat lah ! berader zam pun hebat ''bulan12 aku kene buat air lagi la kat sini kan?'' 'pehhh!' lagi gua rasa. gua harap doa doa dari mereka nih menjadi kenyataan. kenyataan yg nyata untuk gua dan AN. tapi...

...sumpah gua cair gile tgk AN tadi. sikit lagi nk rebah woii. haha

sebelum jam7 petang, AN perlu berada di melaka sentral. ambik bas dan pulang ke kolumpo bandar batu bata. sedih jugak gua. jauh die datang semata mata utk semua ini. Terima Kasih AN, gua hargai setinggi-tinggi nya. dan dalam perjalanan malam tu AN mengadu dia letih, dah lah dengan jem, sampai ke tbs, die lapa macam biasa. tapi gua suruh die balik terus disebabkan hari dah lewat malam. dia bergegas pulang ke rumah. sampai shj ke rumah, dia sempat tapau nasi goreng sotong dan nescafe ais. alhamdulillah. gua lega dia selamat sampai. tepat jam12.15 malam, gua ape lagi kan. super saver laah. nak dengar sangat cerita dari dia sepanjang perjalanan pulang dari rumah gua hingga ke melaka sentral. satu perjalanan yg jauh dan mungkin banyak yg ibu bapa nya akan perkatakan. alhamdulillah. segalanya sedap di dengar. gua gembira lagi. sebelum tido, gua memohon maaf kepada AN sebab menyusahkan dia utk datang jauh ke rumah gua. dan jawab AN ''takpe laah. memang letih ,penat, tapi sangat berbaloi''. dan gua nak jawab sekarang ''letih,penat tu semua i akan balas secepat mungkin. hehe''

& yang penting makcik gua ada tanya.

makrid : nak tumpang bilik nak sembahyang boleh ki?
gua       : boleh jee. masuk jee lahh. hee
makrid : ada telekung tak bilik ni?
gua       : eh, tkde lah. tapi tahun depan dah ada kot
(jawapan ni mmg direct selling gile. gua pn tk tau mane wujud dlm kpala gua jawapan ni)
dan isu telekung memang sampai keesokan harinya. biasalah makcik makcik gua ni mulut boleh tahan hebat.

& tadi petang mak long gua baru balik umrah. mak ngah gua ambik kat airport terus dtg rumah gua sebab nk jumpe pengantin baru katanya. abg gua la tu kan. macam biasa, dah smpai rumah, salam-salam, smpai turn gua, sengih lebar mak long gua. ayat pertama 'tahniah ki' ayat kedua 'sape nama orang semalam tu ki?' peh. laju kan berita sampai. kalah melodi. gua pun jawablah 'ana noorzaimah' tapi sebelum tu, kakak gua dah mencelah. 'ana purple' katanya. kah kah kah. kakak gua boleh tahan jugak. ada kne penampor. tp ohsem jgk nama tu. masuk bilik, gua terus ke twitter. 'hai ana purple :)) '

& bagi gua, apabila dah sampai semua family gua tau termasuk makcik makcik gua, ini serius. ini mungkin cepat. ini hebat. rasa baru. baru untuk gua dan AN selepas sebulan bersama. tahniah utk AN, tahniah utk diri gua jugak!
menempuh sesuatu yg hebat dengan pantas. fuhh.

*AN, kalau sekarang gua hanya miliki hati lu, selepas ni gua akan cuba sedaya upaya utk miliki diri lu. terima kasih AN :))

2 comments:

  1. Thanks mohd hassan zaki utk segalanya, sye tau awk utk saye dan sy hanya utk awk. bukan hanya hati sy utk awk tapi dengan diri sy jugak. i love u so much syg ♥

    ReplyDelete
  2. Thanks AN, i love u too :)) <3

    ReplyDelete