Thursday, 16 February 2012

& aku masih ditakuk lama

& aku masih ditakuk lama,
cuba mencari diri,
terus mengejar mimpi,
walau dengan seorang diri.

& aku masih ditakuk lama,
yg dambakan fantasi,
dari segenap isi bumi,
kadang masih menyendiri.

& aku masih ditakuk lama,
puas untuk mencuri hati,
dengan usaha sendiri,
gadis yang aku cintai.

& aku masih ditakuk lama,
masih menanti,
jawapan yang tak pasti,
adakah aku yg dicari,

& aku masih ditakuk lama,
terus berlari,
mengejar impian sendiri,
dari sudut mata hati,

& biarlah aku ditakuk lama terus menghayati erti kehidupan ini...

4 comments:

  1. apa yg dikejar psti akn dpt dimiliki :)

    ReplyDelete
  2. tu pn klau tk lari bwk bear la kn hehe

    ReplyDelete
  3. ahaha kan dah disorokkan bear tuu :(

    ReplyDelete
  4. haha nt ganti bear lain eh eh :))

    ReplyDelete