Thursday, 9 February 2012

Sesantau

Genap 4bulan gua menganggur, ni bukan kali pertama terjadi kt diri gua sejak gua dilahirkan. Tapi kali ni gua rasa semacam disantau utk tidak terus bekerja. Mane la mood gua ilang eh. Langsung tk de rasa nk jd manusia sempurna atau bak kata mak gua, 'tak normal' menjalani rutin sehari harian. Sepanjang 4bulan, 2kali je gua apply keje. Tu pun keduanya dengan pertolongan member gua. tipu la kalau gua cakap gua tak nak keje langsung kan? sejujurnya gua masih dalam dilema seorang penganggur yg berpelisiran di google chrome. damn!

Petang tadi nasib baik member gua call dan bagitau gua yg office die da comform nak menggaji gua. dan yang penting gua akan bekerja seperti sebelum-sebelum ni. luahkan idea pada paparan monitor ditokok tambah seni haprak dari degupan nadi gua. mungkin memang sampai bile gua akan jadi pereka grafik gamaknya. tanda tanya dalam kepala gua hanya satu. serius ke gua da ready nak keje ni? damn!

Mane semangat gua nak bekerja pun gua tk tau la dan tiga jam sebelum gua kembali menaip, gua dengar sekilas pendapat disulam nes ais atas table gua.

'kau kene carik awek dulu, nanti bile bercinta baru kau semangat nak keje' - Prof. Syahrizwan

gua memang gampang utk dengar pendapat dari kawan-kawan gua. lagi-lagi dari Prof. gua sorg nih. selamat bercinta gua ucapkan. tapi klau ditakdirkan gua jumpe jodoh gua lagi 2tahun, tak kan gua nk mula kerja 2tahun akan datang? so, 35% idea die gua amik jadikan pedoman dan selebihnya gua keluarkan dari lubang hidung gua. fuhhh!


Selepas gua penat berpikir pasal matlamat kerjaya gua yg semakin merundum ni, gua rasa gua try je la semacam mana yg boleh. kalau ade yg datang itu rezeki, gua ambil masuk poket. kalau yg datang tu plak celaka, gua elak sambil bersiul je laah.

Berbalik kepada kerja, setiap majikan gua perlu tahu yg gua nih adalah spesis yang : 
  • sangat cerewet memilih workspace
  • sentiasa perlukan bunyi ketika bekerja
  • waktu merokok 2jam sekali sekurang-kurangnya
  • selalu mengantok selepas lunch hour
  • gua suke overtime berbayar. TQ
Jika gua dapat semua ni, gua mungkin akan kekal terus bekerja dengan berhemah. nk suruh gua berkemah dan BBQ kt office pun gua sanggup. fuuhhh!

4 comments:

  1. gua nak oder anggur 4 kilo kat lu ni :)

    ReplyDelete
  2. anggur hanya utk pengaggur yg tkde masa depan, masa depan gua masih berkilat lagi HAHA

    ReplyDelete
  3. sila ade kan bilik mcm tu. sngguh ohsemm lah -_-

    ReplyDelete
  4. xaxao : otw laah. ngh kmpul artwork nk print dan tampal. hehe

    ReplyDelete