Tuesday 21 February 2012

Dia

mungkin gua tak seberapa, tapi dia cukup sempurna

#01 : Menyerah.

Akhirnya, alhamdulillah. gua sangat gembira, excited pada sabtu yg lepas. walaupun penantian gua dan mber gua ckup lama di mcD. tk penah gua melepak sebegitu lama. sangat sejarah pada sabtu petang itu. dari jam 4.00pm sampai la 6.30pm baru laa saat yg dinanti terhenti. bagai pertama kali aku lihat wajahnya. fuh. mmg 'dup dap dup dap'. hah, walaupun pernah sebelum ni kite berjumpa, tp setelah rasa itu datang, ia lg amat mendebarkan gua. bagai menanti resault spm pun ada. kah kah kah.

Setelah lama melepak, peh baru la rasa keserasian. tapi keserasian itu sentiasa dihimpit rasa malu gua nih. mungkin sebab gua ni terlalu malu ataupun terlalu teruja ataupun terlalu menghormati dia. tapi gua sgt gembira. nasib baik ade member gua sekali, kalau tak memang terkedu la gua duduk sesorang kt situ.dia melayan gua cukup baik cuma sesekali gua lihat raut wajahnya masih memikirkan sesuatu. mungkin sesuatu yg dahulu.

Hampir 2jam, gua pun mengundur diri.
masih banyak yg mungkin gua tak pasti lagi.
tapi, masuk shj dalam kereta,
gua tanamkan semangat untuk esok hari

'kak, nak refill air. 1 nk milo, 1 lg nk coke' - gua tk pena lepak mcD smpai refill-refill nih.gua mmg buta mcD. demm!

sampai je kat rumah, gua terus menuju ke PC gua, dan perkara yg gua mmng sangka akan terjadi. masalah yg agak besar dan buat gua tk tidur terus malam tu. pening, serba salah, tapi gua mohon maaf sebab gua akan teruskan langkah gua. langkah gua bersama dia. gua tak nk dia terjatuh lagi dan gua harap dia juga akan sentiasa support gua untuk teruskan semua ini. semua yg kita rancangkan.

& gua masih mampu tersenyum :))


#02 : Pasti.

Ini hari kedua dia berada hampir dengan gua. dan semestinya gua akan isinya bersama dia. sejujurnya gua agak lemah hari ini setelah satu malam gua tak tidur, pagi itu gua teruskan kerja mengecat tembok. haha ini lah kerja seorang penganggur seperti gua. membantu parents gua yg agak sibuk menjelang perkahwinan abang gua tak lama lagi. lepas cat, tolong kemas rumah pulak. dan semakin lemah. tapi tenaga gua yg tinggal hanya sisa tak kan gua biarkan terluak begitu sahaja.

3.30pm, yang gua rancang utk bertemu dia tertunda sehingga 4.30pm gara-gara transport sebenarnya. akhirnya dapat jugak gua bawak lari BLM kakak gua. haha. mungkin tk merunsingkan kakak gua kerana memang dia percayakan gua, cuma kadang dia seperti seakan kuat membebel. maklumlah cikgu katakan. dah biasa mengadap kerenah budak di sekolah. dan sebelum 6.00pm gua sampai ke sebuah pusat membeli belah seperti yg dijanjikan. tak lama dia muncul. macam biasa, serba ringkas dengan senyuman.

kami berempat, yaah, melepak, berborak sehingga hampir 2jam di sebuah cafe. dan masa ini memang gua masih segan utk menghampiri dia. sangat sukar utk gua katakan. untuk menatap wajahnya, apatah lagi. dari situ kami beralih arah ke sebuah tempat yg agak melepak bagi anak muda. dan disitu sahaja gua dapat bersama dia tanpa gangguan. itu pun tk sampai beberapa minit. oh, gua semakin terdesak sebenarnya. dia buat gua sentiasa gemuruh utk katakan sesuatu. dari situ, kami beralih lagi ke sebuah kedai yg santai. kononya nak minum je. dan memang minum je lah pun. hari semakin gelap, jam 10.00pm gua beredar. & gua terus lelah utk pastikan dia. hemm,

dalam perjalanan pulang hampir eksiden angkara mat rempit, nasib baik lah selamat. fuhh. kalau tak mungkin gua sekarang tengah sibuk keluar masuk balai polis. demm! dalam perjalanan pulang, dia ada text gua. gua gembira sebab dia nyatakan utk ke sebuah tempat yg sangat hampir dengan rumah gua esok hari. plan gile seorang sepupunya katanya lagi. adalah peluang gua utk jumpa dia lagi.

& buat gua tersenyum lebar lagi malam itu :))



#03 : Pilihan.

Hari ketiga dan mungkin agak gila atau memang gila. pagi-pagi lagi gua da bangun. sangat semangat gua pagi ni. ada sesuatu yg gua rancangkan malam tadi sebenarnya. gua rancang untuk pertemukan dia dengan mak gua. oh, agak gila. dan gua sendiri pun agak keliru sebenarnya. tapi niat yg baik, gua harap akan diakhiri dengan sesuatu yg baik. senyum lagi gua :))

Kurang lebih 9.30am, dia bangun. gua terus nyatakan hasrat gua. dia agak terkejut pada awalnya kerana dia sendiri tak pernah berjumpa dengan parents sesiapa sebelum ni. tapi gua tak memaksa dia. gua cuba faham keadaan dia dan keadaan dia juga buat gua rasakan ini yg terbaik utk kami. 11.00 pagi dia dan beberapa kawan dia bertolak ke sini. setelah hampir 2jam mereka sampai. gua sangat teruja. mak gua plak dah dengan seperti biasa menyiapkan hidangan utk dia. pada mulanya memang utk makan tengah hari, tapi mereka ke suatu tempat lain terlebih dahulu. jadi, plan ditunda, gua makin teruja.

Akhirnya, jam 2.00pm gua bertemu dia disebuah gerai cendol yg cukup sinonim dengan hidup seharian gua disini. kali ini agak berbeza, nmpak dari raut wajahnya agak teruja tetapi kadang agak risau. mana tak nya, ini kali pertama dia akan bersemuka dengan mak gua. tapi hari ketiga ni gua rasa teramat gembira. mungkin sebab dia yg ceria dan lebih mesra dengan gua. jam 3.00pm dia sampai ke rumah gua. rumah yg tidak begitu besar, sederhana. cukup memuatkn gua sekeluarga utk berteduh. dari awal dia masuk kerumah gua, sehinggalah dia tumpang utk menunaikan kewajipan, dia menjamu selera, dan bersembang dengan mak gua, gua cukup perhatikan gelagatnya. nampak pada luaran langsung tak kekok dengan keadaan seperti ini. dia cukup bijak berhubung dengan mak gua. gua plak macam biasa, tersenyum di suatu sudut melihat telatah dia.

'sambal kicap ni memang saja nak dengki ke?' - memang gua tak pernah buat, tu la first time gua buat sambal kicap , hahaha

Dan sebenarnya, gua gembira kerana mak gua cukup senang dengan diri dia yg ramah. dan yg paling gua terkejut, dia boleh stop depan pintu dapur,sembang panjang dengan mak gua. gua rasa tak pernah lagi sesiapa buat begitu klau pertama kali ke rumah gua. Tahniah A.N !  pada saat itu, gua sangat pasti. selepas solat asar, dia bersalaman dengan mak gua dan mak gua jemput dia datang ke hari perkahwinan abang gua nanti. gua harap dia akan datang. sebelum pulang, mereka sempat ke sebuah kawasan utk melepak sebentar. dan masa itu gua banyak bersembang berdua dengan dia. bersyukur gua. ada masa lagi sebelum dia pulang ke kolumpo keesokan harinya. dan masa itu juga gua gunakan utk menangkap gambar bersama dia. gua gembira dan sejujurnya, selepas bersalaman, gua terus rindukan dia sehingga sekarang. sehingga saat ini. dia cukup buat gua tersentuh lagi.

& gua terus tersenyum lebar lagi :))





*Terima kasih sayang, 3hari yang letih tetapi cukup bermakna.




2 comments: